Number One For me

Monday 9 December 2013

Door Gift

Assalamualaikum dan selamat malam...

gambar: Mr. Google

Hari ini terasa sungguh penat sangat, parents ajak pergi Cowboy kat Batu Berendam semata-mata mencari door gift untuk kenduri 2 minggu lagi.  Amboi, asal jauh sangat nak cari barang door gift sampai ke Batu Berendam.. family store kan ade, murah jugak kan.

Hah! bukan murah sebarang murah ye, memang terlalu murah, no wonder lah kenapa ramai pergi beli barang kat  Cowboy kalau nak buat kenduri or kerja kawin. 

Bayangkan, 1 Karton air kotak biasa kat kedai pasar raya dalam RM 18 kot, tapi dekat Cowboy hanya RM 14. Hah!!! 10 karton parents Fiza amik, dan macam2 lagi lah. Banyak sungguh mereka beli untuk kenduri nanti,

Balik dari shopping barang, singgah pulak ke rumah makcik , menjemput pula. Skali lama dah parents Fiza bertandang kat umah makcik, borak punya pasal.

Excited punya pasal, blik tu, lepas solat terus buat door give tu, x sabar rasanya hehehehe.
So, memang penat, ni pung tengah draft 2 entry x siap2 lagi.. sambung esok jelah draft tu. hehehe

So, good night, sweet dreams , sebelum tidur baca doa, bg salam kanan dan kiri, ok dah bleh tidur..

Assalamualaikum  -------->
<-------- Assaamualaikum  


Assalamualaikum =)

Thursday 5 December 2013

moment paling scary

Assalamualaikum.. dan selamat petang semua,
dah minum petang? ooppssss... Fiza diet hehehhe.
Ok, lets begin the story


gambar: Mr. Google

Melihat gambar dari sumber En. Google je mesti sudah tahu apa yang moment paling scary bagi Fiza kan.  Betul lah tu, INTERVIEW, yup. Tapi bila tengok gambar tu, macam kelakar pula. Hahahhaha

Fiza masih belum dapat kerja, lebih kurang 6 bulan juga Fiza menganggur, tapi sebelum ni Fiza jadi cikgu sementara, dekat 2 bulan juga lah. so lepas tolak, darab bahagi campur kira-kira 4 bulan lah Fiza menganggur.

Sepanjang Fiza menganggur dah banyak job interview Fiza pergi, tapi sedihnya 1 pung x dapat lagi, apalah nasib. Ramai cakap Fiza ni memilih kerja, bukan begitu, Fiza mencari kerja yang waktu berkejanya office hour saja, setiap isnin sampai jumaat. Ada sebab kenapa Fiza memilih, Emak fiza yang tetapkan syarat mcm tu, so Fiza kene ikut. Yelah Fiza kan anak dara, x elok kalau balik lambat.

abaikan luahan itu.

Setiap kali Fiza interview, fiza akan buat preparation, macam2 fiza buat, study pasal company, menghafal, paling best, record suara dalam HP pastu dengar semula. Yelah nak tau confident ke x kan. Tapi rasanya semuanya ok, menjelang interview, Fiza seakan-akan kehilangan confident tu, bila bercakap mula gugup, lepas tu merepek apa yang fiza cakap pung x tahu lah.

Baru-baru ni, Fiza MENANGIS masa interview, ya Allah, dah knp aku ni. No wonder knp Fiza sebak masa interview, sebab jawatan tu pung berat sangat, secretary kepada secretary TYT Negeri Melaka. Fiza, kau dah lah xde experience, lepas tu nak sandang jawatan tinggi. Fiza x sangka Fiza tercalon sampai ke Final interview, tapi last skali x dapat pung. Bayangkan, orang yang interview kita tu garang sangat, hhmmmm, memang Fiza takut..

Fiza jadi takut untuk interview sekali lagi. Apa kesalahan Fiza pung x tahu, maybe i am not very confident when speaking or maybe Allah belum turunkan rezeki. Tapi kenapa dalam banyak2 tu, satu pung x dapat, ke Fiza memang banyak kelemahan dari segi bercakap? atau pung sememangnya Fiza x cukup cantik dari segi personality. I dont know either. hhmm

So, Semua sedia maklum bahawa celebrity Adibah Noor kita memang sangat handal dalam berbahasa Inggeris, Fiza memberanikan diri untuk bertanya kan soalan kepada beliau berkenaan CONFIDENT IN SPEAKING, xsangkan kak Diba respond =)
Terima kasih kerana bagi idea untuk Fiza lebih confident =) InsyaAllah lepas ni Mila n Wana jadi mangsa aku untuk berlakon situasi interview.. hahahaha



panjang lebar pula entry Fiza kali ini, tapi ini luahan hati Fiza, terima kasih kepada yang membaca dan komen =)
Fiza appreciate sangat2 =)
Salam manis dari Fiza yang berlesung pipit =)
Assalamualaikum.

Wednesday 4 December 2013

tidur salah bantal

Assalamualaikum dan selamat malam semua ^__^


gambar: Mr. Google =)

Pernah x anda semua tidur salah bantal? Maksud Fiza, bangun dari tidur tiba-tiba tengkuk dan bahu sakit. Mesti pernah kan, hhhmmm dan Fiza tengah mengalaminya sekarang. Peh~~~ sakit tidak terkata.

Dah 3 hari Fiza kene sakit tu, kepala tidak boleh toleh kiri dan kanan, nak angkat tangan pung x boleh
( oleh yang demikian, Fiza dapat rehat secukupnya dari bonda tersayang... hehehe time kasih mak)
tapi itulah sakit dia jangan cakap, hari ke-2 kene, boleh plak air mata ni meleleh, sakit + sebak pulak.

Haahahha tapi sebenarnya kan, fiza memang murah dengan air mata, sakit sikit pung bleh nangis, itu belum dengar orang marah lagi, seyum di luaran. Masuk bilik je dah meleleh air mata. Hahahaha

Ade orang cakap kat Fiza, kalau terkena tidur salah bantal ni,

1. pergi jemur bantal tu.
2. tepuk2 bantal tu
3. sapa suruh x gigit sebelum tidur, hah~ kan dah kene gigit (yang ini x boleh pakai, ingat nak beli kasut ke gigit-gigit bagai..)
4. sebelum tidur, pesan kat bantal tu, "jangan buat hal ea.. aku buangkan" eeerrrkkk
jangan nak percaya ye, tahyul ni...

Tapi sebenarnya cara nak ubati senang je 

1. baca bismillah
2. selawat ke atas Nabi
3. tepuk bantal 3x
4. tidur semula kat bantal tu.. insyaAllah semua ok.

Ok, x kisahlah.. tapi sebenarnya bukan salah bantal tu pung, yang nak marah dia kenapa? hahaha.  Ok mcm ni, maybe sebab posisi kita tidur tu salah, macam fiza , fiza memang suka tidur mengiring (sunah Rasulullah SAW) itu yang kene bahagian kanan, otot kite bengkak sebab badan kite bagi bebanan untuk ditampung,

Ada juga faktor lain,contoh berat x stabil, kurang amalkan senaman,bekerja terlalu lama, dan boleh meletihkan tengkuk dan sebagainya,  tapi seriously memang bukan salah bantal ye =) hahahaha kesian kat bantal jadi mangsa. dah dekat 3 bungkus koyok abis dek tampal kat bahu fiza ni.

Alhamdulillah semakin elok, cume hari ini sakit sedikit, nanti elok lah ni.
Salam manis ucapan selamat malam =)
Assalamualaikum =)

happy December

Assalamualaikum semua, selamat pagi dan selamat sejahtera.

waaaaaahhhhhh~~~ lamanya x update blog, sorry semua, masa x mengizinkan lah. heheheh.

Ok, nanti Fiza update story mory ye, banyak gile nak cerita.. tapi bukan pagi ni lah, nnt fiza draft dulu entry.. pastu baru publish ye..

So about the title up here .... yeeaaa... x sabar nak tunggu tarikh yg membuatkan semua bahagia.. hehehe.. here are the list what i am gonna tell you guys...

1. yeeaaa... i got new anak buah..

2. cerita pasal interview ( sakit ati kite)

3.  my granny nak g Jeddah

4. produk Shaklee yang fiza guna n nak promote =)

5. hehehhe... rahsia =) kikikiki

ok semua jumpe at next entry ye =)
salam manis terlebih gula dari Fiza..
(oopppsss.. kurangkan gula ye )

Monday 28 October 2013

Bercuti Di Cameron Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah SWT kerana mempertemukan semula Fiza dan kedua orang tua Fiza. Alhamdulillah mereka selamat sampai rumah jam 12.30 pagi tadi, Fiza bangun dari tidur jam 1.00 pagi terus dapatkan Emak. hehhehe, kesian abah, kelaparan terus cari makan, nasib baik anak dara dia ni masak lebih hehehe. Bas asyik rosak, jadi mereka terpaksa balik lambat. Dugaan , tapi alhamdulillah selamat semuanya, pasti ada hikmah di sebaliknya =)

Penat mak abah x hilang lagi, tetapi nak buat macam mana terpaksa kerja jugak. Hari ini mak dan abah g kursus makanya balik lambat dan Fiza lah yang masak, masak simple2 je sbb mood hari ini nak godek ole-ole dari cameron highland hehhee.

Fiza x nak lah bebel panjang-panjang, reader semua pung tahukan kalau pergi cameron, selalunya pegunjung bawak apa kan? hehehe, so Fiza tunjuk je apa yang dibeli oleh mak dan abah untuk kami..

(whassup abang kat KL, post gambar ni sume, jeles dia, hehhee.. suruh balik x mau .. bz keje katanya , xpelah bukan rezeki dia, sebab rezei kami yang kat umah ni.. hehhee )








hehehehe... ole-ole dari Cameron Highland ..

salam dari Fiza , Assalamualaikum.. =)

Sunday 27 October 2013

waiting

Assalamualaikum dan selamat malam.

yeeeeaaaaa... hari ini emak dan abah dah balik.  Fiza sedang tunggu mereka pulang dari bercuti, harap-harap perjalanan mereka lancar, dan semoga selamat sampai ke Melaka semula dan selamat sampai rumah ( home sweet home =) ) Amin.

Fiza belum nak tidur lagi walaupun mata mengantuk, Fiza tetap nak tunggu kepulangan mereka. Nak pastikan mereka selamat, itu sahaja (ole-ole??? eerrkkk.. hehee)

Esok Isnin... orang putih kata monday sickness, hehehe, i know it. So, better u'll have some rest earlier today, and wake up in the next morning with happiness, semoga hari esok lebih baik dari sebelumnya.

Selamat malam dari Fiza yang menunggu kepulangan ibubapa tercinta.
=)

Saturday 26 October 2013

kenapa asyik nak berleter

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Terasa pulak hari ini kene leter dengan abang sendiri, well, selama ni  abang x pernah pung kisah. Tetapi hari ini, aduhai................ dari pagi sampai petang asyik cakap bende sama je.
Tertanya-tanya kenapa abang Fiza ni mula pandai berleter ye~~~~ hhhmmmm~~~


Okey, sejak bila pula abang Fiza ni tengok cerita hindustan? Sejak bila pula abang Fiza ni kurang makan? Ok! yang ini pelik. Nak tanya kenapa karang bebel pulak. So baik senyap. HMMMMM

Balik dari interview, ya Allah, kenapa dengan abang aku ni. Asyik cakap benda yang sama sejak pagi.

Abang: Iza jangan makan banyak-banyak, jaga badan sikit, badan dah naik tu

Fiza: Iza mana makan nasi sejak demam hari tu, ni baru ade selera nak makan

Abang: Yeke? tengok badan sama je, x turun-turun pung

Iza: motif?

Abang : Iza ingat sikit, dah ade boyfriend kan.. karang dia tinggalkan baru tau

Fiza : ( cakap dalam hati "ea.. kau je memilih, nak samakan semua orang pulak" ) mana ade, orang dah lama xmakan tau, ni baru ade selera.

Pelik lah, dari pagi sampai lah petang tadi asyik cakap pasal makan je, Ape pasal lah asyik cakap bende yang sama. Ye , tahu badan dah naik, nanti orang exercise lah ye.

dari sudut positive pula:
Seorang abang nak yang terbaik untuk adiknya. Terima kasih kerana prihatin terhadap adik sendiri. Jangan anggap ianya satu leteran atau bebelan, tetapi anggaplah ianya sebagai satu nasihat. Seorang manusia perlu di inatkan setiap masa agar tidak lupa. Jangan sekali menyalahkan seseorang dan mencari kesalahannya sama ada xikut nasihat sendiri. Cuba buka minda dan terus muhasabah diri.

Salam sayang dari tilam empuk, Selamat Malam. Assalamualaikum.

header baru

Assalamualaikum dan selamat pagi (eeerrrkkk.. tengahari hehehhehe)

yup~~~ Fiza dah buat header sendiri, as you all know, i am not a creative person. So, ini sajalah yang fiza mampu buat.. hehehe.

macam mana ok x? its ok, just tell the true.. nak comment yang membina boleh x?? and kalau boleh bg lah idea kat fiza.. fiza nak makeover balik blog ni.. tapi xde idea.. hehehe.. ade yang suggest gune templete lain.. by the way.. fiza x reti nak buat... waaaaa.... really need your help everybody.

klu boleh still nak gune base hitam jugak.. so.. tolong lah wahai rakan2 sume .. bg idea tuk fiza buat some makeover for this blog..

idea anda amat diperlukan disini.. (ya~~ sebab fiza x creative .... ) hehhee... terima kasih bagi yang respond =)

salam tengahari dari fiza.. ok nak gi masak =)

Friday 25 October 2013

gelak baca entry Syuk

Assalammualaikum dan selamat malam semua..
(eerrkkkk dah tido ke.... alah~~~~ )

to Fiza: oiiitt... selalu kau time2 camni mmg dah mimpi sang putera jemput kau ke istana kan... awat malam ni x tido awal pulak??

my answer is:
waaaaaaa~~~~ rindu kat emak dan abah. Risau lah cuaca kan sejuk, dalam bas guna aircond lagi.. harap2 mereka ok kat dalam bas. hehehe... rasa nak tunggu sampai pagi and tunggu dorang call cakap dah sampai Cameron Highlands. hehehe

bau je nak feeling2 konon kan.. then bukak blog saje nak baca blog kawan2.. then, tengok momment tu kuar entry si Syuk yang bertajuk '' Kalau Binatang ada FACEBOOK " hhehehe.. kelakar.. terus gelak2 x jadi nak feeling2 hehehe... =)

syuk punye header for blog =)

terima kasih lah ye kuarkan entry kelakar.. hehehe... syuk keje sekarang.. hehehe.. wah... kot2 boleh lah awek dia pau ye.. hehee.. tapi pling penting ingat orang tua.. bg mereka walaupung x banyak.. yang penting untuk dapatkan keberkatan..

ok lah.. hhmm... nak tunggu si abang aku balik keje lamanya alahai.. selalu abah yang bukak pintu.. al maklum lah kite tidur awal.. kali ni kene berjaga sampai dia balik pulak.. hehehe...

Selamat malam semua.. tidur nyenyak2 ye .. =)
(baca doa sebelum tidur.. Assalamualaikum)

Lawatan ke Cameron Highlands

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apabila tengok tajuk entry macam seronok je kan.  Tapi hakikatnya Fiza risau sangat-sangat.
Firstly, semua tahu yang dekat Cameron Highlands sekarang sedang berlaku banjir lumpur, dan kawasan tersebut dekat Tanah Rata, Ringlet, Sungai Bertam.. Tetapi lawatan ke Cameron Highlands harus diteruskan juga kerana dah booking bas, hotel.. Rugi kalau tidak pergi.

Klik sini untuk baca berita tersebut atau pung kat klik sini.. then klu nak google pung boleh.. silakan.

Yang merisaukan Fiza adalah, parents Fiza terlibat dalam lawatan tersebut.. Abah Fiza seorang guru, jadi beliau mengikuti rombongan tersebut, maka abah ajak emak sekali buat teman. Ya Allah risau lah Fiza, berat hati ni nak bagi abah dan emak pergi lawatan ni.

Malam ni mereka bertolak ke sana dan dijangka akan sampai sana pada esok hari sebelum subuh.
Ya Allah, selamatkan lah perjalanan pergi dan selamatkan lah perjalanan pulang mereka.
Mood untuk bercuti sudah tiada, tetapi mood risau pulak datang..

Fiza duduk rumah jaga adik2.. x dapat ikut.. so mmg merisaukan.. Fiza harap sangat semua selamat dan dilindungi Allah SWT sewaktu disana..


Reader, please pray for them ya .. thank you.

salam malam dari Fiza untuk semua.. Assalamualakum =)

Wednesday 23 October 2013

boleh senyum dah =)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua =)

yeeeaaa~~~~~ kite dah x sedih dah , sebab kita dah buat pung test speaking MUET tu.  Alhamdulillah berkat doa dan keizinan dari Allah SWT, Fiza boleh buat walaupung x sebaik yang di jangka.

Percaya atau tidak, Fiza study last minit. Pagi nak exam baru lah study. Bukan sengaja xnak study tapi dah 2 hari Fiza demam teruk, asyik tidur je x larat nak bangun. Walau apa pung, Fiza puas hati apa yang Fiza buat tadi.

Alhamdulillah =) demam pung semakin berkurangan, cume pening2 dan masih x lalu nak makan ( boleh kurus sikit dik oi~~ badan dah mcm tong dram tu) hehehe...

mood Fiza sekarang.. hah~~~ ce tgk kat sebelah ni -------->

yup~~~~ i am waiting my new nephew . Wah~~~  xsabar rasanya, hehehehhee..
x lama lagi Mirza ade adik lelaki, so Mak Teh harap sangat abg Mirza boleh share n be nice with him. Kak ipar Fiza tengah tunggu hari je ni.  Kalau x silap Fiza, nama bakal baby boy tu Firash kot... x sure lah.. heheh..

comel nye baby =)

dear Mirza,
walaupung hang ada adik baru, jangan risau Mak Teh hang ni tetap akan sayang macam selalu. Cuma Mak Teh hang ni kalau nak belikan tuk hang, tuk adik pung mak teh kene beli jugak. hehehe.. Mak Teh sayang hampa berdua tau.. =)

so Fiza dah boleh senyum dengan lebar.. just waiting for my nephew .. =)

salam sayang dari abg Mirza dan bakal adik Firash =)

Tuesday 22 October 2013

bonda terima kasih =)

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.


Baru sahaja tadi Fiza post entry yang sedih, kali ini Fiza rasa lega sikit.. kerana bonda yang Fiza sayang sangat memahami anaknda nya.. terima kasih..

" xpelah iza, klu x mampu buat esok.. mak x marah, nak wat mcm mana dah x sihat kan...tapi kalau boleh cuba buat sehabis baik, try u'r best ( speaking plak mak aku ni hehe ) tawakal pada Allah SWT ye "

"iza cube buat yg terbaik mak.. andai x dapat mak jangan kecil hati ye"

"xpe.. xde rezeki.. apa sush sgt.. repeat lah klu x pat band yang ok"

"choi~~~~~ xnak r epeat... mahal 1, pastu nak kne stress ag.. hehehe... doakan yang terbaik untk iza ye.."

Ya Allah.. kalau boleh aku x mahu menghampakan orang tua ku... kau permudahkan lah segala urusan aku ya Allah ..

hehhee.. mood dah ok sikit.. walaupun masih menanggung kesakitan.. hehehe..
mak pengubat segalanya =)
Fiza bukan anak yg baik.. tapi Fiza mencuba untuk menjadi anak yang terbaik dan solehah =)

salam sayang dari fiza dan bonda kesayangan
=)

tears and crying T_T

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama Fiza tidak meluahkan perasaan di blog. Hari ini Fiza nak share kedukaan yang berlaku pada Fiza.. Mesti ramai yang bertanyakan mengapa title entry kali ini sedih.. Ya! Fiza sedih sangat, rasa nak menangis sambil typing ...


Pada keesokkan hari, Khamis 23 Oktober 2013, pada jam 11:00 a.m.  Fiza akan mengambil ujian MUET  di sekolah berhampiran dengan rumah. Tapi yang menyedihkan Fiza, I got fever. Ya Allah mengapa kau menduga hambamu ini pada hari yang penting.

Mampukah aku buat pada hari esok, wajah emak dan abah merisaukan.. setengah jam aku nangis dan memikirkan apa yang akan berlaku pada esok hari. Mampukah aku melakukan ya Allah.. kuatkan lah badan ku ini supaya aku bisa menghadirkan diri pada ujian esok hari..

tidak sampai hati ingin memberitahu mak dan abah yang Fiza x larat sebenarnya untuk menghadirkan diri esok.

No! u must think positive dear, setiap apa yang berlaku pasti ade hikmahnya. Terima dengan hati yang redha dan sentiasa percaya pada Allah SWT bahawasanya, dia adalah perancang yang hebat.


Hati ini sentiasa berfikiran positive .. tapi bila fikirkan semula, Fiza akan menangis.. mampukah Fiza melakukan dengan baik pada esok hari. Well, maybe you all as reader akan cakap ..

"alah, demam sikit pung nak nangis.. relax r.. makan ubat.. tidur.. esok ok lah"

No dear.. tapi Fiza memikirkan perasaan mak dan abah, mereka xnak anak mereka mengalami kehampaan.. tp berat hati Fiza .. Fiza xnak kecewakan mereka..

Semoga esok berjalan dengan lancar.. yes! I am emotional girl when it is related with my parents feeling..  Ya Allah, andai ada rezeki aku pada esok hari.. kau permudahkan lah segala urusan aku.. aku terima ujian dari mu Ya Allah dengan hati yang ikhlas =)

salam sayang dari Fiza untuk semua.. doakan Fiza agar dapat buat dengan baik..
=)

Sunday 8 September 2013

semangat patriotik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berkenaan dengan tajuk enty Fiza pada kali ini, iaitu Semangat Patriotik. Baru-baru ini, sekolah Fiza ada mengadakan pertandingan menyanyikan lagu patriotik sempena minggu Kemerdekaan. Setiap kelas diwajibkan menghantar wakil seramai 15orang kecuali murid darjah 6 (sebab mereka fokus belajar untuk UPSR pada selasa ini ).

Oleh yang demikian, Fiza selaku guru kelas 2 Melur telah pun melatih pelajar untuk menyanyikan lagu yang bertajuk ''Jalur Gemilang". Memang terkejut melihat murid tahap 1 punya semangat untuk memasuki pertandingan tersebut.  Semua berebut nak masuk, tetapi penyertaan hanya terbuka pada 15 orang untuk satu kelas. Kepada yang tidak terpilih, cikgu minta maaf ye.

Fiza tak mahu cakap banyak, hehehe, disini Fiza sertakan video yang diambil dari tepi sahaja,  tak sempat nak ambil dari depan. Dengar betul-betul, ada sebutan yang salah. Eeee!!! geram lah cikgu, dah banyak kali cikgu betulkan sebutan. Nak jugak sebut perkataan yang salah..

Hehehe, apa pun, cikgu bangga sebab kamu berani dan kreatif. InsyaAllah dapat hadiah nanti kita share ye.


Sebutan yang salah dan kerap kali mereka ulangi adalah:
1. redah
2. megah

Agaknya masih konfius berkenaan sebutan dari vokal 'e'. Tidak mengapa, nanti cikgu ajar lagi ye.

Fiza sertakan gambar sekali sepanjang minggu kemerdekaan di sekolah rendah. Seronok melihat gelagat mereka =) Mesti rindu bila Fiza tidak mengajar lagi kan. hehehehe..


Sepanjang mingguKemerdekaan.
Gambar bawah sekali yang ramai tu adalah murid 2 Melur, comelkan.. Sebelum balik kita snap pic dulu ye, seperti yang dijanjikan cikgu dah letak dalam blog. Hehehehe

murid tahap 2, sepanjang minggu kemerdekaan.

kesian murid darjah 6 tidak dapat serta, makanya cikgu teman awak belajar ye. hehehe



Wednesday 4 September 2013

kalam kabut =.=''

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, sihat belako ko??
hehehehe... tengok tajuk mesti ckp mcm ni kan..
"aih! dah xde tajuk lain ke Fiza ni?"

Al-kisah, bermulalah sbuah kisah pada petang hari Rabu,
fuh~~~ tunggu punya tunggu punya tunggu lah kan,
x sampai2.. bila nak sampai ni.. nak pakai ni..
jam menunjukkan pukul 5.30 petang..

tiba-tiba


TTTTTooooooTTT.. TTToooTTT ... TTTooooTTT
(bunyi hon van lah.. hahaha)
"aku punya, aku punya... jangan kacau..." (sambil jerit, satu rumah dengar)

hah.. berlari untuk mendapatkan tudung..
eaaa.. alah.. mana tudung ni...
aarrgghh... selongkar punye selongkar...habis terburai baju aku dalam almari


x sempat ni... hah! tuala pung tuala  lah..
eaaa.. tuala apa ni... kecik pulak...
tuala mandi aku mana???
ceh~~ lain kali jangan letak merata ye cik fiza..
upenye atas katil.. lembab sudah katil aku

keluar rumah smbil jalan laju..
(kalau masuk acara confirm menang.. hahaha)
"hai abang Posmen. lambat hari ini?"
="dik, bukan umah ko sorang je dik abang nak hantar.. ceh~~ barang kecik pung kne guna pos laju ke?"
"suke hati saya lah.. hahah.. terima kasih abg posmen," (sambil tersenyum manis)
="sama2 cik gula2.. jahahhaa(gelak besar)"

amboi~~~~ hahaha...kalam kabut hari ini.. semata2 nak tunggu pos laju. haha..
kat sekolah.. x tenteram dibuatnya.. padahal bukan kali pertama.. bnyk kali dah..

sebabnya dalam tu ade makanan coklat kegemaran fiza... abis cair.. waaa~~~

Thursday 29 August 2013

Fiza seorang Guru

Assalamualaikum semua, apa khabar? Lama sudah Fiza tidak berblogging kan. Fiza tidak berkesempatan lagi nak berblogging, tapi sememangnya Fiza memang merindukan untuk berkongsi cerita dengan anda semua. hehehehe.

Al kisahnya bermula begini, Fiza masih lagi mencari kerja. Dah dekat 3 bulan jugak lah fiza menganggur dan bertungkus lumus mencari kerja. sedih je rasa apabila kerja yang dicari tidak dapat. Tapi Allah tu maha besar, setiap hambanya pasti di turunkan rezeki.

YEEEEAAAAA..... fiza dapat tawaran menjadi guru sementara di sekolah kampung fiza.. huhuhuhu... sukenye... finally i got job =)

dah dekat 2 minggu fiza mengajar, macam2 ragam.. tapi alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar.. fiza menggantikan guru yang sedang bersalin. Jadinya fiza akan take over semua kerja beliau..

fiza mengajar subjek & kelas:
Darjah 1 (3kelas) = sains dan teknologi
Darjah 2 (1kelas) = bahasa melayu
Darjah 4 (2kelas) = pendidikan jasmani
Darjah 6 (2kelas) = kemahiran hidup

pengalaman fiza mengajar tahap 1 adalah sangat mencabar... ya Allah.. Allah je tahu fiza punya penat mengajar.. hehehe.. mereka ni banyak sangat cakap, lepas tu badan kita, mereka akan liat dari atas smpai bawah.. fiza pkai cincin (mak bagi ye) dorang ckp "cikgu, cikgu dah kawin ke".. kita ni di peluk... ( heeeyyy~~ bakal husband i x peluk lagi .. heheh)

murid tahun 2, comel je kan.. mereka selalu ckp "cikgu cantik lah hari ini". terima kasih awak semua.. (sukenya kne puji .. heheheheh)
walaupun begitu, fiza sgt seronok... cita-cita fiza adalah ingin menjadi seorang guru..
fiza akan smbung belajar tahun dpn.. insyaAllah fiza nak apply pendidikan untk pilihan 1, pilihan kedua baru fiza apply human resources ataupun office management.

insyaAllah.. di kesempatan nanti.. fiza akan masukan gambar yang fiza dah snap ke dalam entry seterusnya..hehehe

p/s: fiza minta maaf sebab x sempat nak baca entry blog lain.. fiza minta maaf ye.. buat masa sekarang fiza tgh busy untuk menyiapkan latihan yang student tertinggal .. maaf =)

salam manis dari cikgu fiza ^__^

Monday 5 August 2013

Manis - Manis Lebaran

Assalamualaikum

lama sudah Fiza tidak update blog. Maaf . hehehehe..
sejak dua menjak ny fiza sibuk sikit.. ( sibuk dengan resepi terbaru.. hehehe)
fiza pung x sempat nak update blog buat sementara waktu ny sebb raye pung akan menjalang tidak lama lagi kan.. InsyaAllah di kesempatan akan datang fiza akan update blog dan fiza pung ade cerita best nak share ngn blogger n reader semua ( terutama kak ton.. hehehe )

di kesempatan ini, izinkan fiza membuat ucapan Hari RAya ye..


Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin 

sepanjang 3 bulan fiza berkecimpung di Blog, 

andai tersalah atau terkasar bahasa,

tidak sempat mengunjungi blog anda

fiza minta maaf dari hati fiza yang ikhlas ini, 

fiza mengucapkan ribuan terima kasih kerana benyak beri sokongan dalam dunia blog ini.. 

InsyaAllah thun dpn fiza buat segment kad Raye ye.. thun ny x sempat.. heheh..

jemput lah singgah di blog fiza lagi time raye nnt ye..

InsyaAllah fiza menjamu anda dengan gambar kuih raye ..(gambar je tau.. hehehe)

sempena Hari Raya ini, fiza nak share lagu kegemaran fiza, siap buat ringtone lagi tau.. (tp untuk hari raya je ) heheheh.. ooppsss.. lagu kumpulan New Boyz pula .. hehehe... enjoy lah ye =)
kipas susah mati tomok ni..

untuk tomok: Selamat Hari Raya, semoga raya thun ini, Arrian dpt bnyk duit raye.. eeaa.. hehehe.. InsyaAllah semoga Raya kali ini, lebih membuat family anda ceria di samping keluarga tercinta =)

(sila pause kan lagu blog fiza di atas skali ye =) )
Manis-Manis Lebaran
New Boyz, Sofaz, Lips dan Saidatul Erma


Thursday 1 August 2013

peminat New Boyz di zaman sekolah

Assalamualaikum semua  ^_^
alhamdulillah, hari ini Fiza berbuka bersama abah saja. Emak dan adik ada jamuan di sekolah.

tengok tajuk mesti dah tahu kan, sape tidak mengenali kumpulan New Boyz sekitar tahun 1999 , semua tahu lah kan. fiza nak cerita mcm mana fiza boleh suke dengan jejaka2 malaya New boyz ny.. hehehe..

 
Al-kisah tersebutlah kisah seorang budak perempuan sedang bercuti bersama keluarganya di Port Dickson ( x ingt tahun bile.. heheh.. kecik ag time uh.. heheheh) mase tu New Boyz ade buat sesi bertemu peminat kot datang kat PD, al- kisahnya, sepupu fiza ny suke bebenor ngn si Tomok ny.. alahai,, apalah sgt.. so lepas mandi.. kitrg pung siap2 g expo kat teluk kemang uh.. then ternampak lah kumpulan New Boyz.. peh~~ naik hantu lah dia.. terus belari,, nak amik gambar.. 

fiza bukan x suke kumpulan New Boys .. suke, dengar je lagu mereka. tp x lah over excited mcm spupu fiza..beratur panjang ny semata2 nak autograph dari dorang.. yang kelakar nya dia boleh ag cerita kat tomok y dye ny fanatic gile ngn tomok.. hahaha... ok yg ny kelakar..


mase tuh fiza lagi minat kat ketampanan Zack (salah seorang ahli New Boyz , beliau pemain bass) so fiza mintk autograph Zack dulu.. then baru lah yang lain.. hehhe.. hensem ..~~ tapi dah kawin ye..


secara amnya, mereka mmg kacak di luar dan pling penting x sombong mana pung.. ok jerk.. siap posing ag bile bergambar.. suke lah sepupu fiza dpt bergambar kan..

sekarang tomok join kumpulan Manifesto.. ok.. yg fiza sgt2 admit.. bahawa vokal beliau semakin maju.. semakin bagus dan x de sengau lagi.. ok tabik spring ..( bg koman tabik spring ) hehehe


mase kat rancangan Versus .. hahaha.. jgn terkejut ye.. fiza undi Manifesto.. hahahahha... yelah.. dorang punye performance mantap kot.. bertenaga sekali tau.. hehehe..


fiza smpai skang masih lagi dengar lagu dorang.. heheh =) the best of song yg fiza minat mase New Boyz punye album adalah Meraung, Nokia, Lukamu Lukaku Jua, Sejarah Mungkin berulang, Sekolah kita, semula padaku dan  mcm2 lagi.. x terckp.. heheh =)


btw.. anak tomok mmg comel, baby Arrian namanya,, hehehe,, =) 




top commentor

Assalamualaikum semua =)
Alhamdulillah ..  finally i already have this widget for my blog, Yipeee~~ and i name it with " yg setia mengomel =)" yeeeaaa...

so here are the list who has comment of "i'm typing now" blog .. check it out .. =)


Thank you so much to member who has follow and leave comment to this blog.. i am really appreciate with all this.. thank you .

#alamak asal aku speaking ny?? actually tgh study untuk test muet .. hehehe... xpelah.. hopefully my english is ok.. nervous gila nak amik muet ny.. hehehe#


Wednesday 31 July 2013

berbuka depan pintu lift

Assalamualaikum semua.. hah~~ jangan terkejut pula baca tajuk entry fiza ye..

hari ny dok berhajat nak pergi melawat kawan dekat hosptl besar melaka, kawan fiza operation buang besi, akibat tangan patah.. Alhamdulillah dah blik pung..

selepas itu, fiza dan kawan fiza (diba namanya, cantik orangnye . hhihihihi) pung pergilah ke Jusco Eon Melaka, jalan2.. nak tunggu waktu berbuka.. jalan punye jalan.. dalam jam 6.30 mcm x ramai orang lagi .. xpelah.. kite beli makanan pukul 7 lebih lah.. so duduk lah kat jusco.. borak dan borak dan borak..

jam menunjukan 7.12 malam.. kitorang pung pergilah KFC.. sbb ade voucher murah kan..

YA Allah.. terbeliak hah~~ ramainya manusia.. hey~~ korang ny ... asal tiba2 ramai pulak ny.. meja semua penuh.. adeh diba kite nak duduk mane ny.. fikir2 punye fikir.. kitrg take away je KFC tu.. pastu jalan lah cari tempat.. then semua tempat penuh.. waaa... nak mkn mane ny???

jalan punya jalan.. ternampak satu tempat kosong.. hah~~~ depan lift... adeh~~ xpelah.. kurelakan jua .. sebb dah kelaparan.. nasib baik kerusi panjg.. so letak lah KFC tgh2.. kitrg duduk bersila.. adeh~~ aku dah lah pkai jubah.. hahaha.. buruk nampaknya..




for the first time fiza berbuka puasa depan pintu lift.. hahahaha... naseb korang lah .. (fiza dan diba lah,, sape lagi) len kali jgn sangka org x ramai ye.. dorang dah chopp tempat dulu lah..  smpai umah terus capai air.. haus.. heheh =) selamat berbuka =)

done ~ finish ~ siap ~ sleep ==''



done new template .. 

ce komen.. 

bg idea.. 

ok x?? 

ade ape2 yang x kene ke??..

klu boleh nak bg ringkas lagi.. 

heeheh.. 

#kepenatan.. x larat nak taip banyak2.. hehehe.. selamat malam semua.. Assalamualaikum.. =)


Monday 29 July 2013

feeling

Assalamualaikum..



just think about it, how it will be ended, when it will ended , where it will ended ...

sedih lame2 wat pe.. x yah pikir r.. orang tu bukan pikir kite pung.. entah2 tgh enjoy kat luar sane.. apelah..

A =  "awak cakap senang, x kne kat awak lagi"

FIZA = "lah, x yah nak menyeksa diri tu, sedih lame2 buat ape"

betul x semua.. buat apa nak sedih lama2 sebab boyfriend/girlfriend kite kne kebas,.. its normal lah kan.. nak tau x knp boyfriend/girlfriend kne kebas or lari cari lain..

1. sebab dah xde jodoh,, nak wat mcm mana kan..Allah dah sediakan jodoh kite yang lagi baik

2. sebb dia tu x hargai kite yang sedang syg kat dia .. (rugi orang mcm tu)

3. korang kongkong dye kot.. tu sebab r dia lari .. hahaha

4. sebab bende ny xde  "JUJUR DALAM HUBUNGAN ''

5. xpayah lah cari lagi.. yang penting cinta terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW dahulu, lepas tu kepada ibu bapa (penat mereka jaga kite sejak kecil smpai besar), lepas tu barulah cinta kepada bakal suami/ isteri kite..

jangan menyeksa diri nak BERKABUNG  lama2.. alahai... boleh nak bersedih.. xde masalah.. cume janganlah smpai x mkn.. x tidur.. asyik nangis je..

(yang ini fiza pelik.. knp orang bersedih x lalu makan.. fiza pula klu sedih.. hah~~~~ aiskrim sebaldi pung habis.. hahahaha, maybe setiap orang x same kot.. hhmmm )

dah lah awak.. x payah sedih2 ye.. klu awak sedih sebab result hancur.. hah!! yang ini aku terima.. tapi klu bab kekasih.. xperlu lah lame2. kejap je ye.. pastu xyah layan sgt perasaan tu.. hehehe...
kawan2 kan ade.. jom main bowling.. aku belanja.. heheh.. (eerrkkk.. untuk kawan fiza yg sorang ny je .. hehehe)

Puasa dan Raya - Senario

Assalamualaikum..
mood tengah dengar lagu raya..
hehehe . suke plak dengan senario punye lagu raye.. nice enjoy =)



Hari Raya Semua Bagai Nak Gila
Bila Puasa Buat-buatlah Lupa
Berpakaian Semua Harus Sepadan
Tapi Puasa Tak Cukup Sebulan

BerPuasa Rukun Islam Ketiga
Wajib Kita Untuk Menunaikannya
Tidak Kira Usia Tua dan Muda
Miskin dan Kaya Semua Serupa

Anak-anak Gembira Bila Syawal Menjelma
Lebih Hebat Ibu dan Bapanya
Berhabis Tak Berkira Asal Nampak Bergaya
Walau Hutangnya Panjang Berjela

Habis Raya Semua Mula Bekerja
Poket Kosong Baru Ingat Nak Puasa
Kawan Semua Buat Tak Tahu Saja
Nak Pinjam Duit Teringat Hutang Lama

ini Kisah Jadi Tauladan
Biar Kita Buat Sempadan
Banyak-banyakkan Amalan
Duit Habis Dalam Simpanan
Cakap Banyak Nanti ku Tangan
Tak Baik
Kesian

Kita Harus Kuatkan Iman
Hidup ini Banyak Dugaan
Memang Tidak Dinafikan
Dari itu Kita Elakkan
Di Bulan Ramadan Memang Tak Tahan
Jangan Ikut Perangai Syaitan

Sunday 28 July 2013

Doremon ala2 multi versi

Assalamualaikum.. ok x nak ckp banyak.. terimalah doremon ala2 multi versi.. hehehe
eerrkkk.. kak gee klu tahu ny abis aku.. hahah... (maaf kak gee... fiza x reti lukis.. hehehe)

rrrr.. lari ~~~~ ( hehehe.. errrkkk)


mama a.k.a Julia Hana

Assalamualaikum ..
Salam Ramadhan yang ke 20 dari fiza.. hehehe....
mcm mn puasa?? ok...
fiza dah brp hari x sihat (melaka masih berkeadaan jerebu )

hehehehe... ok.. today i want a share something, u know what.. fiza berblog ngn retis (artis) hahhaa.. nak tau sape x?? hah~~ manis orangnye.. ade lesung pipit ( agaknya dye pinjam lesung batu mak dye untuk wat lesung pipit kat pipi dye kot hehehe) the person is Julia Hana... ehehe... lame x nmpk dye berlakon sekarang.. upenye tgh berblogging .. heheh...


ooppssss~~~ jangan salah faham.. Julia Hana tersebut adalah mama.. meh klik sini hehee.. blog ini kepuyaaan mam iaitu Mommy As Blog hehehe...


serius.. first2 tgk.. rase macam kenal je.. tp x ingatlah.. then lama punye lama punye lama .. ceh~~ bau teringat semalam.. itu pung mase chating ngan mama.. mama ny macam Julia Hana lah..

ok .. nak tau.. upenye fiza adalah orang yang ke beratus dah ckp mcm tu.. hehhhehe... btw mama mmg cantik.. nmpk awet mude,. ingt mama umur 25 thun.. hehehe... mari ramai 2 kunjungi blog mama =) riang orangnye .. peramah tau.. hehehe..

klik Mommy As Blog nice visit nice follow ye.. =) hehehe

Thursday 25 July 2013

sakit itu penghapus dosa kecil

Assalamualaikum semua.. tadi fiza bukak Facebook.. then, fiza ternampak pos ..
kali ini fiza nak share post dari page Mukjizat & Doa  di facebook..
Allahualam..


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan
mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA
MAKANNYA.
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.
3.Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/
KETAMPANAN WAJAH (pucat).
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah
tetapkan untuk hambaNya kembali sehat, Allah akan
menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan
Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah
diambil oleh mereka.

Akan tetapiAllah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut

SubhanAllah, begitu Baik dan kasih sayangnya Allah
terhadap hamba hambanya.

Maka,Janganlah bersangka buruk terhadap
Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah
Alhamdulillah atasNya. Sesungguhnya setiap
kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

Wednesday 24 July 2013

belajar mengikut cara fiza n_n

Asslamualaikum..

hahahaha.. adelah kawan sekelas fiza tiba2 msg kan.. dan tanye soalan ini.. hey~~ dah dekat 3 bulan kite abis exam wahai kawan.. bau ko nak tnye.. hahahaha... ok meh aku jawab.. penat tau aku create.. pikir bagai.. hahaha,...



ini soalan ko kan.. hahahaha.. nah jawapan nye ade kat bawah..
kepada siapa yang nak cube cara fiza.. dipersilakan.. InsyaAllah.. ini semua nasihat dari emak Fiza.. kerana sebelum ini, fiza sangatlah x pandai.. tapi selepas gune cara emak.. Alhamdulilah.. semakin meningkat tahap pencapaian fiza.

1. bacaan ayat penarang hati.. =)


2. amalkan surah Alam Nashrah.. InsyaAllah


3. makanan yang berkhasiat.. amalkan makanan berkhasiat, protien, calcium, vitamin.. pling elakkan makanan yang mengandungi MSG, jangan lah makan keropok2 tu.. (sekali sekala xpe hehehe)



4. teknik belajar yang ringkas yang fiza buat selama ini.. senang dan mudah.. x perlu rajin sgt.. cume tabah.. hehehehe =)


fiza berlainan dari kawan2 yang lain.. kerana bila tiba time exam, fiza akan belajar lebih awal dan waktu fiza belajar adalah pada waktu sunyi dan sejuk.. fiza akan mule belajar pada jam 3pagi, di mana housemate fiza tidur, waktu itu sunyi dan sejuk, belajar pada waktu itu akan lebih membuatkan fiza fokus, dan jam 5 pagi fiza akan tidur semula, selepas subuh fiza akan sambung belajar sehingga jam 11 pg dan selepas itu tidur semula.

knp mesti letak pensil kat tangan.. hah!! ini kerana.. bila kite baca.. kite mesti nak cari kata kunci kan.. oleh itu baca dan garis isi penting.. ingat dan fahami.. selepas itu amik kertas A4 dan tulis semula apa yang kite ingat.. untuk pengetahuan semua, fiza abis 1rim A4 paper untuk 1 sem.. hehehe..

5. berdoa dan tawakal.

ok, ramai yang x tau kan.. fiza share ye..

Allah sangat suke apabila hambanya minta doa terhadapnya, ini kerana Allah mahu hambanya sentiasa ingat padanya.. doa banyak2.. jangan berhenti.. InsyaAllah.. dipermudahkan..

BERUSAHA ---> BERDOA ---> TAWAKAL ---> INSYAALLAH.

semoga ilmu pengetahuan ini dapat membantu anda semua. fiza hanya share apa yang fiza buat, ilmu Allah luas.. banyak lagi yang kite boleh perolehi.. sesungguhnya yang baik datang dai Allah SWT, dan yang kekurang adalah dari saya. InsyaAllah.. ^____^