Number One For me

Sunday 8 September 2013

semangat patriotik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berkenaan dengan tajuk enty Fiza pada kali ini, iaitu Semangat Patriotik. Baru-baru ini, sekolah Fiza ada mengadakan pertandingan menyanyikan lagu patriotik sempena minggu Kemerdekaan. Setiap kelas diwajibkan menghantar wakil seramai 15orang kecuali murid darjah 6 (sebab mereka fokus belajar untuk UPSR pada selasa ini ).

Oleh yang demikian, Fiza selaku guru kelas 2 Melur telah pun melatih pelajar untuk menyanyikan lagu yang bertajuk ''Jalur Gemilang". Memang terkejut melihat murid tahap 1 punya semangat untuk memasuki pertandingan tersebut.  Semua berebut nak masuk, tetapi penyertaan hanya terbuka pada 15 orang untuk satu kelas. Kepada yang tidak terpilih, cikgu minta maaf ye.

Fiza tak mahu cakap banyak, hehehe, disini Fiza sertakan video yang diambil dari tepi sahaja,  tak sempat nak ambil dari depan. Dengar betul-betul, ada sebutan yang salah. Eeee!!! geram lah cikgu, dah banyak kali cikgu betulkan sebutan. Nak jugak sebut perkataan yang salah..

Hehehe, apa pun, cikgu bangga sebab kamu berani dan kreatif. InsyaAllah dapat hadiah nanti kita share ye.


Sebutan yang salah dan kerap kali mereka ulangi adalah:
1. redah
2. megah

Agaknya masih konfius berkenaan sebutan dari vokal 'e'. Tidak mengapa, nanti cikgu ajar lagi ye.

Fiza sertakan gambar sekali sepanjang minggu kemerdekaan di sekolah rendah. Seronok melihat gelagat mereka =) Mesti rindu bila Fiza tidak mengajar lagi kan. hehehehe..


Sepanjang mingguKemerdekaan.
Gambar bawah sekali yang ramai tu adalah murid 2 Melur, comelkan.. Sebelum balik kita snap pic dulu ye, seperti yang dijanjikan cikgu dah letak dalam blog. Hehehehe

murid tahap 2, sepanjang minggu kemerdekaan.

kesian murid darjah 6 tidak dapat serta, makanya cikgu teman awak belajar ye. hehehe



Wednesday 4 September 2013

kalam kabut =.=''

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, sihat belako ko??
hehehehe... tengok tajuk mesti ckp mcm ni kan..
"aih! dah xde tajuk lain ke Fiza ni?"

Al-kisah, bermulalah sbuah kisah pada petang hari Rabu,
fuh~~~ tunggu punya tunggu punya tunggu lah kan,
x sampai2.. bila nak sampai ni.. nak pakai ni..
jam menunjukkan pukul 5.30 petang..

tiba-tiba


TTTTTooooooTTT.. TTToooTTT ... TTTooooTTT
(bunyi hon van lah.. hahaha)
"aku punya, aku punya... jangan kacau..." (sambil jerit, satu rumah dengar)

hah.. berlari untuk mendapatkan tudung..
eaaa.. alah.. mana tudung ni...
aarrgghh... selongkar punye selongkar...habis terburai baju aku dalam almari


x sempat ni... hah! tuala pung tuala  lah..
eaaa.. tuala apa ni... kecik pulak...
tuala mandi aku mana???
ceh~~ lain kali jangan letak merata ye cik fiza..
upenye atas katil.. lembab sudah katil aku

keluar rumah smbil jalan laju..
(kalau masuk acara confirm menang.. hahaha)
"hai abang Posmen. lambat hari ini?"
="dik, bukan umah ko sorang je dik abang nak hantar.. ceh~~ barang kecik pung kne guna pos laju ke?"
"suke hati saya lah.. hahah.. terima kasih abg posmen," (sambil tersenyum manis)
="sama2 cik gula2.. jahahhaa(gelak besar)"

amboi~~~~ hahaha...kalam kabut hari ini.. semata2 nak tunggu pos laju. haha..
kat sekolah.. x tenteram dibuatnya.. padahal bukan kali pertama.. bnyk kali dah..

sebabnya dalam tu ade makanan coklat kegemaran fiza... abis cair.. waaa~~~