Number One For me

Saturday 1 November 2014

Mrs.....

Assalamualaikum semua...

Kenapa terkejut ke... hahahha.. after 5 months and now i come back... but not really come back.. klu ade wi-fi bleh je selalu update..

Cuba tengok title entry kali ni.. ''mrs...'' ya... i am married now... yeeaa....


Alhamdulillah dah bertukar title kepada Mrs Fiza... hehhehe... yeaaa... fiza pung x percaya akan pertukaran title tu... tapi betul kata orang tua-tua.. klu jodoh x kemana.. elak lah macam mn pung..

Fiza x sempat nak jemput rakan blog yg lain.. sebab banyak sangat keje kan... so dah dekat 2 bulan dah fiza kawin.. so now tunggu rezeki dari Allah tuk kurniakan cahaya mata plak.. hehehe.. doakan fiza ye..

ok lah... banyak nak cerita.. tapi tgh teman cik husband layan bola final plak tu.. hehehe...
next time klu ade masa fiza cot cet ye... hehehe..

encik abam sokong pahang... i wish ur team win dear.. hehehe

#shah_fiza #2months #loving
#gudnight
#assalamualaikum

Monday 30 June 2014

subhanaAllah...

Assalamualaikum..

Firstly fiza nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan.. semoga ramadhan kali ini dapat lah sama2 kita beramal dengan lebih lagi..

Fiza nak share satu gmbr yg fiza dah screenshots dari Twitter tadi..

Harap semua dapat ambil ikhtibar..
Mari kita renung2kan dan fikir..
Salam ramadhan dari fiza..
Assalamualaikum




Saturday 21 June 2014

puaskan hati semua orang

Assalamualaikum...
Selamat malam.. lama fiza x berblog....
Alhamdulillah fiza dah dpt keje...

Fiza nk cerita berkenaan puas hati... bagi fiza kite sebagai manusia biasa mmg x akan dapat puaskan hati semua orang..tp apasalahnya cube memahami seseorang itu.. jgn bertindak mengikut perasaan..

Fiza tertekan apabila orang menggunakan kesempatan atas dasar pentingkan diri sendiri.. apalah yg mebuatkan anda jadi begitu..

Fiza bukanlah baik sgt.. tp fiza tahu klu seseorang itu x suke d beri tekanan.. semua org x suke kn...

Waaaa... dah lah lama x update entry.. masuk2 je.. luahkan perasaan.. wuwuwuuwuw...

Ok lah.. gud night everyone.. sleep tight.. sweet dream.. assalamualaikum

_online gune fon_

Friday 7 March 2014

Anonymous comment

Assalamualaikum dan selamat pagi =)

Selamat berhari Jumaat =)

Pagi ni Fiza buka E-mail untuk cek e-mail lah macam biasakan, tetapi ade yang membuat Fiza ragu2 berkenaan email oleh "Anonymous" yang komen di entry Fiza tetapi tidak keluar di blog, hanya keluar di Email sahaja.

Fiza rasa macam ada x kene dengan komen tersebut, bukan apa, takut ianya virus saje kan, and kalau Fiza clik page mereka, takut je kene virus. 

Ade x yang pernah dapat e-mail mcm ni?? klu ade, siapa boleh terangkan kat Fiza berkenaan ini, peliknya sebab x kuar kat entry tetapi kuar dekat e-mail.. aaaaiiissshhh... 

ini contoh2 yang Fiza dah print screen :






ini adalah sebahagian yang fiza dah print screen ..
so if anyone know about this, just let me know too ok.. 

Assalamualaikum, dan salam Jumaat
(jangan lupa pergi solat jumaat tau.. hahaha)

Wednesday 5 March 2014

minta pandangan orang ramai.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.


Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadisnya yang bermaksud :
“ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.”

( Riwayat Baihaqi)

Seruan Rasulullah SAW  kepada para pemuda-pemudi dengan suatu signal yang sangat jelas dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud :

“ Wahai golongan pemuda-pemudi! Siapa diantara kamu yang mempunyai kemampuan, maka hendaklah dia berkahwin, kerana dari perkahwinan boleh menyelamatkan penglihatan dan kemaluan kamu. Dan siapa yang tidak mempunyai kemampuan, maka hendaklah ia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu boleh melemahkan syahwatnya.”

( Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud)

 Fiza ingin sangat meminta pandangan dari pembaca semua berkenaan entry kali ini. Berkenaan perkahwinan. ( eeeerrrkkk, hanya pandangan, bukan kerana Fiza nak kawin ye. hehehe)

Sesetengah orang, bagi mereka perkahwinan itu indah dan x sabar nak berkahwin, dan bagi sesetengah orang juga perkahwinan itu menakutkan. Itu pendapat masing2. Bagi Fiza, apabila sampai seru dan jodoh, anda pasti berkahwin, ini adalah ketentuan dari Allah SWT.

Ade persoalan yang timbul bagi mereka yang merasakan alam perkawinan ini satu mimpi buruk bagi mereka. Antara persoalan yang timbul:

1. Memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, suami, ibu, ayah, menantu, dan anak (ibubapanya) selepas berkahwin. Sebelum berkahwin, tiada tanggungjawab yang perlu di pikul melaikan dirinya sendiri.

2. Takut untuk melakukan hubungan yag halal. Ade pendapat mengatakan, bagi seorang wanita, selepas mengandung, badan akan naik,  sakit nak bersalin dan sebagainya. ( belum kahwin, Fiza x tau hehee)

3. Kebebasan akan hilang selepas berkahwin, si isteri harus melayan suami dan tiada masa untuk enjoy. Si suami perlu menjaga isteri dan tiada masa untuk keluar bersama kawan.

4. Kewangan pula akan menjadi isu selepas mendrikan rumah tangga.

5. Zuriat.

6. Pergaduhan antara suami isteri sehingga menyebabkan kecederaan, emosi terganggu, penceraian, dan sebagainya.

Ini semua adalah persoalan yang Fiza kutip dari orang sekeliling Fiza, ramai rakan2 yang sudah mendirikan rumah tangga dikala umurnya muda.

pendapat Fiza berkenaan masalah yang timbul dan takut untuk berumah tangga.
Bagi Fiza, masalah ini semua adalah dari anda sendiri, mengapa perlu untuk takut berumah tangga, sedangkan Rasulullah SAW bersabda:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. (Hadis Dha’if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Hadis Dha’if riwayat Ibnu Majah)


Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis)


dan

Hikmah perkahwinan (sumber Fiza amik dari google)


Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.

Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-
  1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.
  2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.
  3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.
  4. Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.
  5. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.
  6. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
  7. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
  8. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
  9. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.
Maka tiada alasan bagi mereka yang takut akan alam perkahwinan ini.
Bagaimana dengan pendapat anda =)

Sebelum anda tidur, fikirkan lah kebaikan berkahwin.
Assalamualaikum =)

Boss Lama

Assalamualaikum,

Petang yang hangat, bahang, panas, fuh~~~~~ ( kalau lah dapat mkn cendol ni sedap kot ) selagi kemarau x habis, selagi itu lah kita akan hadapi kehangatan ini. Ini semua kerana perubahan monsun. Tapi di jangkakan pertengahan bulan Mac akan berakhir, ini semua ketentuan Allah. Kite berdoa ye =)



Gambar: sumber Google.

Ya.. back to my title of this entry '' Boss Lama"
Lepas je Fiza habis belajar dulu, Fiza memang dah tanam dalam diri ni yang Fiza takkan kerja kat tempat practikal, ini kerana, Fiza memang x sanggup kene marah oleh majikan. Hahahaha. Tapi bila fikir balik, memang lumrah pekerjaan lah kena marah dengan bos ni kan.

Setelah 1 tahun menganggur, akhirnya semalam Fiza telah buat keputusan untuk telefon menanyakan pekerjaan kosong di tempat practical dulu. Hahhahaha, tu lah cakap yang bukan2 dulu , kan dah makan diri sendiri. So, Fiza pung call, kak Rawiah jawab, lama x dengar suara kak Rawiah, hah! kami share tarikh birthday, tarikh birthday kami sama. hehehehe.

Pagi tadi Boss suruh interview so Fiza pung pergilah. Masuk je opis boss ckp " Waaaaa, Sya ( nama saya yang mereka panggil) lama x jumpa awak, semakin sihat ye ( padahal aku batuk2 kot, thats mean sihat yg lain, ok bye..)" hahaha.. and reply " hehehehehehe.. senang hati"

Masa interview macam2 soalan di kemukakan, tapi bukan soalan interview ok, hahahahha.. soalan mengenai kami yang pernah practikal dulu. hah~~~ aku pung x tahu lah , hahahaha..

So, pasal kerja tu dapat atau tidak, masih x tahu, sebab Fiza ade commitment lain so, boss masih membuat pertimbangan dan harapan Fiza, dapat lah kerja tu, bukan senang tau menganggur ni, banyak yang kene fikir, kita nak enjoy pung x best sebab xde duit.

Moral of the story: Jangan bongkak, kelak makan diri sendiri.

Hahahahaha, suke rasanya dapat tulis entry =) lama jugak x exercise jari ni hehehe =)
Baiklah, masa untuk layan Running Man, hehehe,
Assalamualaikum =)

Tuesday 4 March 2014

entry ke- 2 tahun 2014

Assalamualaikum dan selamat malam semua =)

Aduhai~~~~ lamanya Fiza x berblogging ni. Rindu pun ada, nasib baiklah kawan Fiza suh follow blog dia, kalau tidak..... masih x bukak lah jawabnya.

Hmmmmm.. sudah lama tidak berbicara, tak tahu nak kata apa pula kali ini. hehehehe..
Ini adalah entry yang kedua untuk tahun ini.. peh... dah bulan  Mac kot Fiza.. hahha

Esok Fiza ada temuduga, so kene tidur awal ( x tidur awal pung, gayut le tu.. )

so, wish me luck ya~~

InsyaAllah klu esok Fiza free, Fiza update ye..
Selamat malam semua,
Mimpi Indah,
Baca doa sebelum tidur,

Assalamualaikum =)

Tuesday 7 January 2014

Papinka - Masih Mencintainya

Assalamualaikum semua dan selamat malam.

Maaf lama tak berblog, Internet tak berapa nak laju pula sejak dua menjak ni.
hehehehe... sekarang mood fiza hanya nak dengar lagu ni.

Papinka - Masih Mencintainya

sedap melody lagu ni... dan liriknya kene ngan Fiza suatu masa dahulu.. bila teringat jadi sedih pula.

T_T

so everyone, jom dengar lagu yang Fiza nak share ni =)

thanks for the feedback =)

# " video is too small" xpe.. biarkan je.. nnt kuar lagu tu =)





Assalamualaikum dan selamat malam.