Number One For me

Wednesday 5 March 2014

minta pandangan orang ramai.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.


Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadisnya yang bermaksud :
“ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.”

( Riwayat Baihaqi)

Seruan Rasulullah SAW  kepada para pemuda-pemudi dengan suatu signal yang sangat jelas dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud :

“ Wahai golongan pemuda-pemudi! Siapa diantara kamu yang mempunyai kemampuan, maka hendaklah dia berkahwin, kerana dari perkahwinan boleh menyelamatkan penglihatan dan kemaluan kamu. Dan siapa yang tidak mempunyai kemampuan, maka hendaklah ia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu boleh melemahkan syahwatnya.”

( Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud)

 Fiza ingin sangat meminta pandangan dari pembaca semua berkenaan entry kali ini. Berkenaan perkahwinan. ( eeeerrrkkk, hanya pandangan, bukan kerana Fiza nak kawin ye. hehehe)

Sesetengah orang, bagi mereka perkahwinan itu indah dan x sabar nak berkahwin, dan bagi sesetengah orang juga perkahwinan itu menakutkan. Itu pendapat masing2. Bagi Fiza, apabila sampai seru dan jodoh, anda pasti berkahwin, ini adalah ketentuan dari Allah SWT.

Ade persoalan yang timbul bagi mereka yang merasakan alam perkawinan ini satu mimpi buruk bagi mereka. Antara persoalan yang timbul:

1. Memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, suami, ibu, ayah, menantu, dan anak (ibubapanya) selepas berkahwin. Sebelum berkahwin, tiada tanggungjawab yang perlu di pikul melaikan dirinya sendiri.

2. Takut untuk melakukan hubungan yag halal. Ade pendapat mengatakan, bagi seorang wanita, selepas mengandung, badan akan naik,  sakit nak bersalin dan sebagainya. ( belum kahwin, Fiza x tau hehee)

3. Kebebasan akan hilang selepas berkahwin, si isteri harus melayan suami dan tiada masa untuk enjoy. Si suami perlu menjaga isteri dan tiada masa untuk keluar bersama kawan.

4. Kewangan pula akan menjadi isu selepas mendrikan rumah tangga.

5. Zuriat.

6. Pergaduhan antara suami isteri sehingga menyebabkan kecederaan, emosi terganggu, penceraian, dan sebagainya.

Ini semua adalah persoalan yang Fiza kutip dari orang sekeliling Fiza, ramai rakan2 yang sudah mendirikan rumah tangga dikala umurnya muda.

pendapat Fiza berkenaan masalah yang timbul dan takut untuk berumah tangga.
Bagi Fiza, masalah ini semua adalah dari anda sendiri, mengapa perlu untuk takut berumah tangga, sedangkan Rasulullah SAW bersabda:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. (Hadis Dha’if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Hadis Dha’if riwayat Ibnu Majah)


Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis)


dan

Hikmah perkahwinan (sumber Fiza amik dari google)


Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.

Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-
  1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.
  2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.
  3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.
  4. Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.
  5. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.
  6. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
  7. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
  8. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
  9. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.
Maka tiada alasan bagi mereka yang takut akan alam perkahwinan ini.
Bagaimana dengan pendapat anda =)

Sebelum anda tidur, fikirkan lah kebaikan berkahwin.
Assalamualaikum =)

8 comments:

  1. perkawinan itu indah pada org yg cintakan Allah dan Rasulullah. Mengikut sunah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu sunah Rasulullah SAW adalah perkahwinan..

      Delete
  2. bagi muni perkahwinan itu sangat indah . . muni masa mula2 dlu memang risau nak pikul tanggungjawab sebagai isteri . . tapi bila sah akad nikah tu terus automatik rasa dalam diri ni nak jaga suami . . nak bagi zuriat dekat dya . . terus rasa dengan sendiri semua perasaan tu . . bagi muni perkahwinan ni buat muni sangat bahagia :) tak percaya try la kawen . . hehehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pendapat yang diberikan =)
      wah... Muni dah berkahwin ye .. semoga ikatan perkahwinan Muni kekal sehingga ke Jannah .. =)

      #InsyaAllah doakan Fiza cepat kahwin ye .. hahaha

      Delete
  3. Kalau perkahwinan itu tidak menjurus tujuannya untuk mendapat keredhoan Allah, memang macam2 akan berfikir negatif.. Kalaulah mereka tahu betapa besarnya pahala orang yang berumah tangga berbanding mereka yang bujang..

    Syaitan menjerit bilamana anak adam mendirikan rumahntangga.. Ianya satu kemenangan buat mereka yang sudah berkahwin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas pendapat yang diberikan.
      itulah tujuan kursus kahwin diberikan, supaya para pengantin akan tahu mengenai alam perkahwinan .

      Delete
  4. bagi syuk kalau dah sampai jodoh tak perlulah tangguh. lagi 1 lepas kahwin rezeki semakin mudah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas pendapat yang diberikan.
      Amboi syuk... gatal dah ka na kawin.. hehehe... betul kata syuk tu =) rezeki semakin murah dan terjaga hubungan itu

      Delete