Number One For me

Sunday 8 September 2013

semangat patriotik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berkenaan dengan tajuk enty Fiza pada kali ini, iaitu Semangat Patriotik. Baru-baru ini, sekolah Fiza ada mengadakan pertandingan menyanyikan lagu patriotik sempena minggu Kemerdekaan. Setiap kelas diwajibkan menghantar wakil seramai 15orang kecuali murid darjah 6 (sebab mereka fokus belajar untuk UPSR pada selasa ini ).

Oleh yang demikian, Fiza selaku guru kelas 2 Melur telah pun melatih pelajar untuk menyanyikan lagu yang bertajuk ''Jalur Gemilang". Memang terkejut melihat murid tahap 1 punya semangat untuk memasuki pertandingan tersebut.  Semua berebut nak masuk, tetapi penyertaan hanya terbuka pada 15 orang untuk satu kelas. Kepada yang tidak terpilih, cikgu minta maaf ye.

Fiza tak mahu cakap banyak, hehehe, disini Fiza sertakan video yang diambil dari tepi sahaja,  tak sempat nak ambil dari depan. Dengar betul-betul, ada sebutan yang salah. Eeee!!! geram lah cikgu, dah banyak kali cikgu betulkan sebutan. Nak jugak sebut perkataan yang salah..

Hehehe, apa pun, cikgu bangga sebab kamu berani dan kreatif. InsyaAllah dapat hadiah nanti kita share ye.


Sebutan yang salah dan kerap kali mereka ulangi adalah:
1. redah
2. megah

Agaknya masih konfius berkenaan sebutan dari vokal 'e'. Tidak mengapa, nanti cikgu ajar lagi ye.

Fiza sertakan gambar sekali sepanjang minggu kemerdekaan di sekolah rendah. Seronok melihat gelagat mereka =) Mesti rindu bila Fiza tidak mengajar lagi kan. hehehehe..


Sepanjang mingguKemerdekaan.
Gambar bawah sekali yang ramai tu adalah murid 2 Melur, comelkan.. Sebelum balik kita snap pic dulu ye, seperti yang dijanjikan cikgu dah letak dalam blog. Hehehehe

murid tahap 2, sepanjang minggu kemerdekaan.

kesian murid darjah 6 tidak dapat serta, makanya cikgu teman awak belajar ye. hehehe



14 comments:

  1. bersemangat gila adik2 skrang nih huhu ..

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali.

    Tahniah! Yang penting semangatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. dari awal kie didik.. insyaAllah

      Delete
  3. salam fiza wah kak lea pun rindulah he3..

    wah nak jugak join nyanyi.alah tak acilah cikgu ni...he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. di persilakan.. hehehe.. cikgu lea nak nyanyi jugak

      Delete
  4. bersemangat betol..suara pn comel je :D ngeeee..untung la ank2 murid skrg ni sbb cikgu ada blog..nnti muka femes msuk blog..hi3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang dorang ckp kat fiza tau faiz.. hehehe..
      "cikgu nnt letak kat blog tau.." heheh

      Delete