Berkenaan dengan tajuk enty Fiza pada kali ini, iaitu Semangat Patriotik. Baru-baru ini, sekolah Fiza ada mengadakan pertandingan menyanyikan lagu patriotik sempena minggu Kemerdekaan. Setiap kelas diwajibkan menghantar wakil seramai 15orang kecuali murid darjah 6 (sebab mereka fokus belajar untuk UPSR pada selasa ini ).
Oleh yang demikian, Fiza selaku guru kelas 2 Melur telah pun melatih pelajar untuk menyanyikan lagu yang bertajuk ''Jalur Gemilang". Memang terkejut melihat murid tahap 1 punya semangat untuk memasuki pertandingan tersebut. Semua berebut nak masuk, tetapi penyertaan hanya terbuka pada 15 orang untuk satu kelas. Kepada yang tidak terpilih, cikgu minta maaf ye.
Fiza tak mahu cakap banyak, hehehe, disini Fiza sertakan video yang diambil dari tepi sahaja, tak sempat nak ambil dari depan. Dengar betul-betul, ada sebutan yang salah. Eeee!!! geram lah cikgu, dah banyak kali cikgu betulkan sebutan. Nak jugak sebut perkataan yang salah..
Hehehe, apa pun, cikgu bangga sebab kamu berani dan kreatif. InsyaAllah dapat hadiah nanti kita share ye.
Sebutan yang salah dan kerap kali mereka ulangi adalah:
1. redah
2. megah
Agaknya masih konfius berkenaan sebutan dari vokal 'e'. Tidak mengapa, nanti cikgu ajar lagi ye.
Fiza sertakan gambar sekali sepanjang minggu kemerdekaan di sekolah rendah. Seronok melihat gelagat mereka =) Mesti rindu bila Fiza tidak mengajar lagi kan. hehehehe..
Sepanjang mingguKemerdekaan. |
murid tahap 2, sepanjang minggu kemerdekaan. |
kesian murid darjah 6 tidak dapat serta, makanya cikgu teman awak belajar ye. hehehe |